myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Sabtu, 09 Februari 2013

Kari tulang dan daging

Semua orang tahu masak kari.  Kalau tak tahu memang nak kena babab.
  • Bundokyky tulis resepi di sini untuk mengingatkan bundo kyky jumlah bahan yang diperlukan kalau bundo kyky nak masak banyak. Tapi satu je bundo kyky  nak bagi tahu pada mereka yang belum tahu dan belum pernah mencuba. Lauk kari yang dicampur dengan tulang memang rasanya teramatlah sedap dan mengancam. Jadi, pada sesiapa yang nak masak untuk 40 orang, bolehlah cuba sukatan ini.



2 1/2 kilo tulang rusuk
4 kilo daging
3 kilo santan
250 gm rempah kari babas
120 gm yogurt perisa asli
6 biji bawang besar *
2 buku bawang putih *
1 ketul halia sederhana besar *
segenggam daun kari
rempah 4 sekawan secukupnya
1 kilo kentang dipotong 4
air asam jawa secukupnya
garam
air secukupnya untuk merebus

Blender bahan bertanda *.
Panaskan minyak secukupnya untuk menumis.  Tumis bahan yang diblender, rempah 4 sekawan dan daun kari sehingga wangi. Masukkan rempah babas.  Masukkan yogurt. Tumis sampai masak. Masukkan juga garam.
Masukkan tulang dan daging. Tunggu sehingga air daging kering. Kemudian masukkan air ke paras 1/2 periuk, kecilkan api dan tutup periuk.
Rebus sehingga  daging empuk. Selalunya proses ini memakan masa selama 2 atau 3 jam. Sekiranya daging sudah mula menanggal daripada tulang, maknanya daging telah empuk. (Boleh tambah lagi sedikit air kalau perlu)
Masukkan kentang dan santan. Bila kentang empuk, masukkan air asam jawa.

Siap.


Rasa rempahnya meresap dalam daging.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar