Bahan:
A
500 gm daging dipotong nipis
1 sudu kecil lada hitam yang telah ditumbuk kasar
2 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar kicap masin cap kipas (kicap lain boleh juga)
1 sudu kecil gula
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar perahan lemon
B
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 ulas bawang merah dihiris nipis
1/2 inci halia di hiris halus panjang
1 atau 2 biji bawang besar didadu kasar
1/2 biji capsicum hijau didadu kasar
1/2 biji capsicum merah didadu kasar
1 biji tomato dibuang biji dan didadu kasar
1 cawan air ( boleh ditambah sekiranya daging belum empuk)
daun bawang dan daun saderi untuk ditabur.
- Perap daging bersama bahan A selama 1 jam.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga wangi.
- Masukkan daging yang telah diperap bersama bahan perapan. Masak beberapa ketika sehingga air daging keluar dan berkurangan. Masukkan air dan masak sehingga daging empuk. Tambah kicap dan garam kalau perlu.
- Setelah daging empuk dan kuahnya pekat, masukkan capsicum, bawang besar dan tomato. Angkat dan taburkan dengan daun bawang serta daun saderi.


Tidak ada komentar:
Posting Komentar